blog bersawangg~..

selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W utusan terakhir utk umat sepanjang zaman..juga buat keluarga dan para sahabat baginda..

hmm..lama benar saya tak update blog ni..10inci dah tebal debu kat sini..sawang xpayah cakap la..haha..

sebenarnye saya tak dapat nak access internet kat sana..jadi bila ade ilham nk menulis,pc xde..net pon xde..maka terbantutlah idea-idea yg datang mencurah waktu tu..kena pulak saya ni sangat segan nak menulis..kalo menaip tu ..kuatlah sikit..

insya Allah..andai ade masa akan saya usahakan utk mengisi ruangan kosong di blog ini..

wallahu a’lam…ilal liqa’…

suasana

assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh…

selawat dan salam buat junjungan besar ikutan sepanjang zaman,serta kekasih yang sangat dikasihi Allah, Rasulullah s.a.w…serta ke atas keluarga dan sahabat baginda..

———————————————————————————————–

suasana mencorakkan manusia….ye ke statement tu??ntah la..saya pon kurang pasti..tapi,mungkin saya akan mengalaminya…itu juga saya kurang pasti kerana masa depan bukan berada di tapak tangan saya yang dengan mudah saya lihat..

sejak menjejakkan kaki di tempat ilmu ini..memerhatikan suasana kini menjadi hobi saya..semakin suka saya menjadi pemerhati di sini tambahan pula suasana di sini menjadi pemangkin kepada saya utk menjadi seorang pemerhati<sebab dah boring sangat belajar,xde keje lain…huhu>..

suasana hari ini sangat menakutkan saya..saya tidak mampu untuk memperbaikinya..kerana saya hanya seorang diri dan saya hanya pelajar..sekiranya saya mempunyai kuasa, Insya Allah..saya mahu mengubah suasana ini menjadi lebih baik..namun,saya hanya mampu memberi qudwah yang baik untuk memperbetulkan suasana yang ada..itu pun,sangat tidak mencukupi…

saya sangat takut…sangat takut..andainya suatu saat nanti,kemurkaan Allah terhadap suasana ini sampai ke kemuncaknya hingga membawa kepada bala Allah yang dahsyat..andainya bala Allah sampai…tidak kira yang beriman atau yang kafir..semua akan merasai keperitannya..kenapa mereka yang beriman juga akan merasainya??adakah Allah tidak sayangkan mereka sedangkan mereka beriman kepada Allah??……

sesungguhnya..Allah telah mengatakan bahawa,jika di sesuatu tempat itu orang yang beriman tidak melakukan amar makruf nahi mungkar hingga mengakibatkan ramai yang melakukan kemungkaran,maka apabila Allah menurunkan azabNya yang sangat keras itu,tidak ada sesiapa pun yang akan terlepas dari azab itu….

masya Allah……na’uzubillahi min zalik…….ya Allah,kau ampunilah kami…jangan lah Kau azab kami…Kau tunjukkanlah kami cara untuk kami mengubah suasana ini..agar menjadi suasana yang sentiasa dalam redhaMu….

–pandangan anda utk mengatasi masalah suasana ini??….suasana kebebasan di alam kampus…–

-malu-

selamat sejahtera ke atas mu dengan rahmat dan keberkatan Allah yang maha Pemurah dan Penyayang terhadap hamba2Nya yang zalim…

selawat dan salam ke atas junjungan besar ikutan sepanjang zaman,kekasih yang sangat dikasihi,Rasulullah s.a.w, serta buat keluarga dan sahabat baginda r.a..

———————————————————————————————–

tatkala kita ditimpa musibah yang menggoyahkan iman,kesabaran dan kekuatan

kita akan kembali kepada Allah…

kita minta bantuanNya..

kita minta simpatiNya..

kita minta Dia agar buangkan musibah itu..

dan Allah yang maha Pemurah itu..

bantu kita..

kasihankan kita..

buang musibah itu dari kita..

dan ketika itu..

kita lupa..

lupa kepada Allah yang telah membantu kita..

lupa kepada Allah yang kasihankan kita..

lupa kepada Allah yang telah membuangkan segala musibah yang menimpa kita..

tanpa segan silu kita..

langgar suruhan Allah..

lakukan laranganNya..

tinggalkan solat yang menjadi tiang agama…

dedahkan aurat yang menjadi amanah…

bergaul bebas sedang Allah telah menetapkan batas utk kemaslahatan kita..

dan nanti..

apabila Allah beri kita ujian..

sekali lagi kita meminta kepadaNya..

sekali lagi kita menangis-nangis minta bantuanNya..

dan bila Allah mudahkan urusan kita..

sekali lagi kita lupa padaNya..

sekali lagi kita ingkar perintahNya…

tidak malukah kita??…

———————————————————————————————–

sesungguhnya Allah lebih dekat dgn manusia lebih dari urat leher manusia itu sendiri…maka yakinlah bahawa Allah sentiasa bersamamu,sentiasa mendengar tangisanmu..sentiasa menjaga dan melihatmu…

mintalah..

mohonlah..

.mengharaplah…hanya pada Allah

kerana hanya Allah yang mampu memberi apa yang minta..

..tempat ILMU..

salam sejahtera ke atasmu dengan rahmat Allah dan keberkatanNya..

segala puji hanya bg Allah tuhan yang memiliki aku sepenuhnya,apa yang ada di langit dan di bumi serta apa yang ada diantara keduanya…selawat dan salam buat kekasih Allah yang sangat dikasihi oleh seluruh makhluk,Rasulullah s.a.w  juga ke atas keluarga dan sahabat baginda..

alhamdulillah..saya berjaya menghabiskan seminggu di tempat baru saya ini..macam-macam peristiwa yang berlaku dalam tempoh yang orang kata singkat ini..tapi bagi saya, melewati hari-hari sejak menjejakkan kaki di tempat baru ini tersangatlah panjang waktunya…saya masih lagi berat hati dan teringatkan orang-orang di rumah..orang kata homesick..tu la..waktu orang suh dudok asrama kecik-kecik dolu,tanak..sekarang,terima la padahnyer..huhu..

sebenarnya..saya sedang menguatkan diri untuk berada di sini..saya sedang meng’set-up’kan minda saya bahawa saya tidak mungkin akan balik ke rumah dalam masa yang terdekat ini..saya juga sedang berdialog dengan diri sendiri bahawa saya berada di sini sebagai da’ie..terpampang di dahi saya ‘i am a muslim’ dan tergalas di bahu saya imej ISLAM…jadi saya harus berusaha untuk menjaga nama baik ISLAM sebaik mungkin..saya juga di sini adalah untuk belajar demi ISLAM..demi ummah..dan demi umi dan ayah..saya juga sedang berusaha untuk mengingatkan diri saya bahawa saya adalah seorang HAMBA ALLAH..yang bertanggungjawab sebagai seorang hamba..

sebagai seorang hamba saya tidak boleh melakukan sesuatu yang membolehkan tuan saya itu marahkan saya..saya perlu melaksanakan setiap arahan daripada tuan saya itu..setiap suruhan dan larangan yang telah ditetapkan oleh tuan saya itu, harus saya laksanakan sebaik mungkin tanpa ada rungutan atau sungutan..mengapa?kerana saya hanya HAMBA..ALLAH adalah tuan saya..dia yang menciptakan saya..Dia yang memberi saya makan nasik,minum air sirap,sedut O2..hembus CO2..keluarkan urine..dan sebagainya..Dia yang lindungi saya dari penyakit ketika saya sihat dan Dia juga yang menyembuhkan saya di kala saya sakit..jd,secara logik akal yang waras..mana mungkin seorang hamba boleh ingkar pada tuannya yang sangat baik dan prihatin ini..tp kita??..tp saya??…adakah saya melaksana tanggungjawab saya terhadap tuan saya dengan baik??adakah setiap suruhan dan larangan yang diberikan saya patuhi dengan baik..??adakah segala panduan yang telah Allah berikan kepada manusia telah saya laksanakan??..astahgfirullahal ‘azim…saya adalah hamba yang tidak bersyukur…ampuni aku ya Allah..

kini..saya di tempat baru..saya sedang berusaha untuk membina silaturrahim yang baru dengan sahabat-sahabat yang baru..ya Allah..berkatilah hubungan kami ini..tautkan hati-hati kami dengan rahmatMu dan dgn kasih sayangMu..saya juga perlu membina silaturrahim dengan guru2 baru saya..saya perlu menghormati dan menyayangi mereka seperti mana guru2 saya sebelumnya..saya perlu sentiasa menjaga adab saya dengan mereka kerana saya perlu memuliakan ilmu yg mereka miliki..sepertimana para wali Allah serta tokoh2 besar ISLAM yang sangat menjaga adab dengan guru mereka..ya Allah..bantula hambaMu ini..bimbinglah aku dan tunjukkan aku jalanMu yang lurus..

doakan saya supaya saya dapat mengharungi cabaran di tempat ilmu yang mash sangat baru untuk saya..doakan saya supaya saya boleh menjalinkan persahabatan kerana Allah agar nanti saya serta sahabat-sahabat saya dibenarkan Allah untuk memasuki syurgaNya kerana kami telah saling menyayangi kerana Allah..doakan saya supaya saya dapat menjaga adab saya dengan mereka yang telah meluangkan masa untuk memberi saya ilmu..agar ilmu yang saya pelajari diberkati oleh pemiliknya yang asal iaitu Allah subhanahuwa ta’ala..doakan saya supaya istiqomah dalam jalan yang Allah redhai..insya Allah..

ilal liqa’..wa ma’as salamah…

..bertukar alam..

salam sejahtera ke atas mu dengan rahmat dan keberkatanNya..

segala puji hanya bagi Allah tuhan yang memiliki aku sepenuhnya,isi langit dan bumi serta apa yang terkandung di antara keduanya..selawat dan salam buat kekasih Allah,role-model sepanjang zaman,Rasulullah s.a.w serta keluarga dan para sahabat r.a..

alhamdulillah..segala puji bg Allah..setelah umi dan ayah berusaha buat rayuan untuk masukkan saya ke dalam universiti, Allah beri peluang kepada saya untuk melanjutkan pelajaran ke uitm..itu lah janji yang Allah berikan..Allah tidak pernah memungkiri janjiNya..jika kita memerlukan sesuatu, kita hanya tinggal berusaha dan memohon dengan penuh pengharapan kepada Allah kerana hanya Dia yang mampu merealisasikan apa yang kita hajati..Allah maha berkuasa atas segala sesuatu..masya Allah!

sekarang saya sedang membuat persiapan untuk berangkat ke sana..saya juga sedang membuat persiapan jasmani dan minda untuk bertukar alam,daripada seorang pelajar sekolah menengah kepada seorang pelajar ipt..2 alam yang sangat berbeza walaupun dasarnya sama iaitu saya adalah seorang pelajar yang bertanggungjawab untuk belajar..apa yang membezakannya adalah suasana dan cara belajar..mungkin..hehe..umi dan kakak-kakak saya yang telah pun berada di ipt berkongsi cerita dengan saya..pengalaman-pengalaman berharga mereka dan sebagainya..utamanya,umi berpesan kepada saya supaya doa dan minta dari Allah perlindungan dan memberikan kita sahabat yang baik,roomate yang baik..dan sebagainya..

mendengar cerita-cerita itu,membuat saya rasa takut hendak bertukar alam ini..saya masih selesa dengan title saya sebagai seorang pelajar sekolah menengah..namun,masa berjalan tidak menunggu saya..sesuka mana pun saya dengan title itu,terpaksa saya tinggalkan untuk mengejar masa yang sangat singkat ini..banyak persoalan yang bermain di minda saya sekarang ini..mampukah saya belajar di ipt..kerana ramai yang bercerita cara belajar di ipt berbeza dan khabarnya lebih sukar..aduss..mampukah saya?kepala saya sekarang ini terasa sangat kosong..ya Allah permudahkan aku..

insya Allah..selepas ini jika ada masa dan peluang yang Allah sparekan untuk saya,saya akan menulis lagi di sini..mungkin selepas ini perubahan akan saya pamerkan..mungkin tulisan saya selepas ini akan menjadi lebih matang…atau mungkin tulisan saya masih seperti dulu dek kerana jiwa kanak-kanak saya masih belum pudar..haha..kita hanya boleh merancang namun perancangan Allah lebih hebat yang lebih baik bagi kita insya Allah…

doakan saya dan sahabat seperjuangan berjaya dalam ape jua yang kami terokai..doakan supaya Allah mudahkan urusan kami..doakan supaya Allah sentiasa lindungi kami,lindungi iman kami dan kuatkan iman kami untuk menempuh cabaran yang mendatang ini…

insya Allah, ilal liqa’ wama’assalamah….

assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh…

..pandangan anda bagaimana??..

segala puji hanya bagi Allah tuhan yang memiliki aku sepenuhnya,isi langit dan bumi serta apa yang terkandung di antara keduanya..selawat dan salam buat kekasih Allah,role-model sepanjang zaman,Rasulullah s.a.w serta keluarga dan para sahabat r.a..

semalam..1mei2009..saya dan rakan-rakan seperjuangan dibenarkan untuk mengetahui tempat untuk kami menyambung pelajaran ke menara gading..bahasa mudah fahamnye..kami dah boleh tempat untuk UPU yang kami daftar tahun lepas..dalam pukul 12 tengahari kemudahannya disediakan..oleh itu..sedia maklumlah..species yang sama dengan saya tahun ini mencecah ribuan atau mungkin ratus ribu..jadi nak access dalam laman web tersebut agak mencabar..mencabar iman sebenarnya..dalam hati tu takut..takut saya tidak mendapat tempat di menara gading..pada hal saya telah sedia maklum bahawa Allah telah menentukannya untuk saya..untuk apa merasa takut lagi??adakah saya tidak yaQin dengan ketentuan Allah??astaghfirullah..

masa yang dinanti-nanti..rakan saya menghantar instant message kepada saya mengatakan bahawa dia telah berjaya access..saya pun memintanya supaya memeriksa tempat saya..ANDA TIDAK BERJAYA..ya Allah..hanya Allah yang tahu perasaan saya ketika itu..apa yang saya takutkan telah terjadi..saya tidak menafikan bahawa saya agak kecewa ketika itu..kecewa kerana saya sangat mengharapkan saya dapat tawaran UPU ini..namun..Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk saya..

diwajibkan ke atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui,sedang kamu tidak mengetahui.                                                                                                                                    (surah al-baqarah : 216)               saya sering mengingatkan diri bahawa saya tidak tahu yang terbaik untuk diri saya sendiri..berdasarkan ayat di atas..saya ada Allah..Allah yang menciptakan saya..jadi Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk saya dalam kehidupan jangka panjang ini..saya perlu kuatkan diri saya..tidak mendapat tempat dalam UPU ini tidak bermakna cita-cita saya tidak boleh dicapai..sekiranya saya inginkan sesuatu..saya perlu minta daripada yang benar-benar boleh memberi..siapa?? Allah…kerana semuanya milik Allah..kerana Allah telah berjanji “berdoalah kalian nescaya aku kabulkan”..(saya kurang ingat dalam surah apa..bg yang tahu..ingatkan saya..tq)kalau Allah berkehendak untuk memberi,siapa yang dapat menghalanginya…dan jika Allah berkehendak untuk tidak memberi,siapa kita untuk marah??….kita tidak ada hak langsung untuk marah..kerana sesungguhnya..Allah berhak buat apa sahaja mengikut Dia kehendaki..ya Allah..kuatkanlah aku…kuatkan imanku..yaQinkan aku bahawa Engkau telah sediakan yang terbaik untukku..ameen ya Rabb.

sebenarnya..saya telah ditawarkan untuk masuk ke program matrikulasi di penang..Alhamdulillah..sekurang-kurangnya saya masih ada jalan yang Allah bagi pada saya..namun..saya sedih untuk rakan-rakan saya yang lain..yang tidak mendapat tempat dalam matrikulasi dan UPU..mereka mungkin terpaksa mendaftar ke pusat pengajian swasta..secara keseluruhannya..saya sangat terkilan..ummi saya juga terkilan..seluruh keluarga saya terkilan..kerana kami tertanya-tanya..apa sebenarnya kritria yang diperlukan supaya orang-orang seperti saya mendapat tempat di UPU?..seorang yang saya kenali..mendapat keputusan yang lebih rendah sedikit berbanding saya mendapat tempat yang saya inginkan..Allah telah memberi rezeki kepadanya..namun persoalan itu masih bermain di minda kami..apakah sistem yang dilakukan dalam pemilihan pejar untuk masuk ke menara gading..??

“orang pandai pun susah masuk U na..?”,adik saya berseloroh..hai..betullah..saya takut ini menjadi motivasi yang tidak baik untuk generasi yang lain..mereka mungkin tidak bersemangat untuk belajar kerana untuk apa belajar sungguh-sungguh??orang tak dapat banyak A pon boleh masuk U..yang dapat banyak A tak dapat masuk pulak…hmm..macam mana ni??…saya sangat memerlukan jawapan dari pihak UPU….bagaimana sebenar pihak anda memilih pelajar?apakah kriteria yang pihak anda perlukan..

saya masih berdoa kepada Allah..supaya sentiasa kuatkan saya dan rakan-rakan yang senasib dengan saya..berikan kami jalan yang terbaik ya Allah..MilikMu lah apa yang ada di langit dan di bumi dan apa yang ada di antara keduanya..sekiranya Engkau mengkehendaki sesuatu,tidak ada sesiapa yang dapat menghalanginya…Engkau lah tuhan seluruh alam..terima kasih ya Allah..kerana Kau masih menyayangi kami..tolong lah kami dalam membuat pemilihan yang terbaik…

saya juga masih dalam dilemma dalam membuat pilihan..samada menolak matrikulasi dan menunggu jawapan rayuan UPU atau masuk ke matrikulasi dan rayuan saya ke UPU akan ditolak..sekiranya saya masuk ke matrikulasi..perkara yang sama mungkin berulang..saya mungkin sekali lagi TIDAK BERJAYA dalam permohonan UPU setelah tamat program matrikulasi dan saya juga mungkin tidak mendapat tempat dalam rayuan UPU yang menyebabkan saya tidak ada tempat untuk menyambung pelajarab melainkan mendaftar IPTS yang menyebabkan banyak duit terpaksa dibelanjakan lebih-lebih lagi untuk bidang PERUBATAN..

pandangan anda bagaimana?? 

..delusi ummi..

Delusi Ummi

Album : Istimewa Tiada Dua
Munsyid : Nice

 

Kau sentuh cahaya dengan jemari mu
Dibalik tabir mimpi di raungan merindu
Mengimbas figura di kesumba senja
Tak siapa mendengar ratap hati bonda
Di hadap ranumnya kasih yang manis bermadu
Mengapa kau hanya mengunyah pahit hempedu

Ummi engkau berdelusi
Impian ilusi
Mimpi jadi ngeri mengusik dinihari
Ummi engkau kehampaan
Dambaan igauan janji hanya mainan
Gurauan di bibir kau kutip jadi sandaran

Keperitan itu teman mu yang sejati
Di hujungnya bahgia menanti
Bersama harapan dan pengorbanan diri
Terus berbakti

Resahmu sembunyi dalam riuh ketawa
Sebak dada tidak ketara
Tenangnya wajah tabah kau hadapi
Kerana kau yakin Tuhan lebih mengasihi

Ummi…

saya nak kongsi nasyid yang saya rasa isinya sangat bagus..membicarakan tentang pengorbanan ibu..bagaimana mereka menyembunyikan rasa hati untuk menggembirakan kita..oh ummi..syukran jazilan..hanya Allah yang boleh membalas jasamu….ya Allah,ampunilah segala dosa ummiku..permudahkan urusannya…lembutkan hatinya untuk memaafkan aku..tabahkan hatinya untuk melayani kerenahku….kuatkan imannya ya Allah…ameen..

ini untuk semua yang bernama ibu…

wallahua’lam…

orang muda..

segala puji bagi Allah,Tuhan yang memiliki sekelian alam..selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W serta keluarga dan sahabat baginda..

Alhamdulillah..program yang dirancang alumni as-saff dapat dilaksanakan dengan baik atas izin dari yang Maha Kuasa. Kami merancang dan Allah jugak merancang dan sesungguhnya perancangan Allah lebih hebat..sebab Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya..of course it is because the creator know best about the creation..

program ni adalah salah satu drpd list activity  yang kami rancang sebelum masing-masing melangkah ke ipta..sekarang ni pon ramai yang dah dapat tawaran khususnya tawaran ke ipts..dan ramai jugak yang dah pon buat permohonan untuk masuk ke universiti dan sebagainya sama ada local ataupun oversea..tak terkecuali saya..saya jugak ade buat permohonan biasiswa untuk universiti di ‘ataslaut’..setakat ini hanya ada satu permohonan saya yang belum ditolak..tolonglah doakan saya..doakan supaya Allah bg tempat yang terbaik untuk saya melanjutkan pelajaran saya..erk..dah keluar topik nampak nye..heheh..

tujuan kami rancang program-program ni sebenarnye untuk mengisi ruang dan masa kami yang mungkin kami isi dengan perkara yang sia-sia..but the main factor is to top up our ilmu..iman..dan kefahaman tentang 3 soalan yang penting dalam hidup..: 1)where we come from?? 2)why are we here?? 3)where are our life lead to??..jadi program ini dirancang dan dilaksanakan pada 9 april 08..

perjalanan program..kami semua puasa pada hari tersebut..bukan kami sahaja..naqibah kami jugak turut berpuasa hari tu untuk kami bukak puasa bersama..best sangat dapat bukak puasa sama-sama..macam bukak puasa dengan family je..lepas tu macam biasa tanggungjawab dengan Allah a.k.a solat maghrib..mungkin Allah nak uji kesabaran kami..there is a slight problem during the solah..then Alhamdulillah..Allah bg kami idea untuk menyelesaikannya..hehe..Allah knows best! 3287076249_77a8c7c47d

kami telah menjemput ‘orang besar’ untuk bg pengisian kepada hati-hati kami yang dah lama kosong dari peringatan..pkck Hasbullah a.k.a Dr Hasbullah..pkck hasbullah membicarakan tentang kepentingan orang muda..Rasulullah S.A.W dulu pon dikelilingi oleh orang muda..kategorinya org muda antara sehingga 40 thn..ye lah..ketua PEMUDA umno pon umo 40 thn..hehe..

jom kita singkap sejarah..Rasulullah S.A.W lantik Usamah Zaid untuk jadi panglima perang memerangi ROM(xsilap saya) waktu baginda sedang sakit..sedang ketika itu ramai lagi sahabat2 baginda yang lebih tua dan pengalaman spt Abu Bakr, Khalid al-Walid dan sebaginya..ketika itu Usamah Zaid hanya berusia 18 thn…Aishah,isteri Rasulullah s.a.w..menjadi rujukan ramai sahabat dalam mendapatkan hadis Rasulullah…dan ketika Rasulullah wafat, usia Aishah baru 18thn..jadi bayangkan pada usia berapa Aishah menghafaz beribu-ribu hadis daripada Rasulullah sedangkan ketika Baginda wafat Aishah baru berumur 18 thn..hebat sungguh orang muda yang dibentuk Rasulullah..al-arqam bin abi arqam..sanggup memberikan rumah nya sebagai tempat untuk Rasulullah menyebarkan dakwah sedang usia beliau ketika itu adalah 15thn..pada usia semuda itu sudah mempunyai semangat berkorban untuk ISLAM..belum lagi kisah Mus’ab bin Umair..yang mana sebelum keislamannya dia adalah pemuda yang tersangatlah hensem dan berasal dari orang-orang kaya..namun setelah dia memeluk Islam..dia sanggup meninggalkan kemewahan hidupnya sehingga dia kelihatan sangat miskin..masya Allah..mereka memiliki jiwa yang sangat besar..

sekarang ni kalau nak tengok orang muda yang berjiwa besar untuk islam..kita kena tgk pada pemuda Palestine..pemuda hatta kanak-kanak sangat bersemangat untuk memprtahan al-quds..juga diceritakan ada seseorang yang menziarahi kanak-kanak yang cedera akibat kekejaman zionis ke atas Gaza baru-baru ini..ada sorang budak perenpuan ni yang dalam lingkungan 9 tahun..mata dia buta akibat serangan tu..tapi bila pemimpin tu tanya keadaan dia..jawapan yang dia bagi memang diluar jangkaan orang sekarang..dia kata keadaan dia sekarang xpenting tapi keadaan al-quds lebih penting daripada dia…subhanallah..bayangkan..budak pompuan yang baru umo 9 tahun…tak kisahkan diri tapi lebih pentingkan al-aqso..

memang orang yang Allah uji dengan keadaan susah,iman dia akan lebih kuat..tapi..sebenarnya..orang yang Allah uji dengan keadaan aman ni lebih susah nak jaga iman..lihat saja org muda di sini..hiburan di sana- sini..masya Allah..jauh bezanya…memang iman susah dihidupkan dalam keadaan kita senang..mungkin sebab itu para sahabat,tabi’ tabi’in lebih memilih untuk hidup susah daripada hidup senang..tgk Umar Abdul Aziz..dia x amek harta sikit pon walaupun dia khalifah..tabi’ tabi’in jugak ade yang x makan sampai 10 hari..kebanyakkan merasakan bahawa masa yang ada ni hanya cukup dengan beribadah saja…kita??ada masa untuk gelak…makan…tidoq…siap ada masa nak mengumpat orang lagi…astagfirullah..

pemuda malaysia vs pemuda palestine
ca2dd5lacaouqaxpca4b05qacale4zihca6nbaoicaragn2qcajgzwlacajvxjw7cau9537dca7klx2vcax0sp9icaqewi8kcahmr7njcajd5rvxcapuc311calihg8gcamrq6gdcargtx0ncao0w78j
pemuda malaysia..
orang-muda

apa bezanya mereka??depa Islam…orang muda…jiwa mereka berbeza..keadaan mereka berbeza..fikir-fikirkan la..

orang muda…ISLAM terletak dibahu kita untuk mengembalikan kegemilangannya seperti pada zaman Rasulullah s.a.w…kalau bukan kita, sapa lagi..??stop pointing  each other…its our responsibility!.la takhaf wa la tahzan innallaha ma’ana….insya Allah..ameen ya Rabb..

wallahua’lam

nikmat ar-Rahman..

2547841308_1b83637bb0_o

Syukur..perkataan yang senang diucap namun perlaksanaannya amat sukar dan selalu dilupakan. Padahal kita seringkali diingatkan di dalam Al-Quran supaya menjadi hamba yang sentiasa bersyukur. Dalam hidup ini, terlalu banyak nikmat yang Allah yang terkenal dengan sifat pemurahnya beri kepada kita. Namun aku selalu saja lupa pada Allah yang memberi. Mengapa??..Ya..Kerana Allah yang Maha Pemurah itu memberikan nikmat kepada aku secara percuma tanpa bayaran atau balasan…astagfirullahal ‘azim.. Zalimnya aku pada diriku sendiri..

3417479442_e071c53696

Allah yang Maha Penyayang masih beri peluang untuk aku bernafas..Bayangkan..andainya Allah tarik nikmat boleh bernafas dengan mudah itu..ya Allah..tidak dapat aku bayangkan betapa siksanya hidup jika tidak dapat bernafas dengan betul..Cuba kita tahan nafas kita 5 minit sahaja..bunyinya macam pendek..Tapi,mampukah kita?? Adakah kita menyedari bahawa nikmat ini dari Allah yang maha Pengasih??subhanallah! Namun kita masih tidak dapat merasakan bahawa nikmat ini adalah pemberian Allah dan tidak begitu mensyukuri nikmat ini kerana apa?? Kerana Allah beri nikmat ini secara PERCUMA!

1_585216780l

Selain itu, Allah beri kita keluarga yang sempurna. Sedangkan ada manusia lain yang Allah uji mereka dengan keadaan keluarga yang tidak begitu selesa. Namun kita masih mengadu kepada Allah tentang kekurangan keluarga kita yang sangat sedikit itu.. Apabila ibu menegur sedikit, mula lah kita merungut : “Mengapa aku ada mak macam ini? Membebel saja..Semua yang aku buat , semua tidak kena”. Kita tidak sedar bahawa teguran ibu itu merupakan satu nikmat Allah yang tidak semua manusia merasainya. Ada manusia yang tidak pernah dileteri ibu yang merasa teringin untuk dileteri..bukankah kita ini hamba yang tidak bersyukur?? Sudahlah tidak bersyukur dan menghargai apa yang ada malah merungut dan meminta yang lain..astaghfirullah.. Kenapa kita tidak begitu bersyukur?? Kerana kita perolehi nikmat ini secara PERCUMA!

3332489378_9b959bf87f_o

Kita tidak sedar bahawa teman yang bersama kita itu juga adalah nikmat daripada Allah yang maha Bijaksana..Adakah kita sedar bahawa dengan bersahabat kerana Allah, kita boleh masuk Syurga?? Bayangkan jika di dunia ini, kita tidak mempunyai kawan..Tidak ada teman untuk belajar,tiada teman untuk bergurau,tiada teman untuk menceritakan masalah,tiada teman untuk bermain..kita bersendirian di dunia ini..sebagai remaja sudah pasti ketiadaan teman merupakan satu tekanan yang kuat. Namun, kita tidak merasakan bahawa sahabat itu adalah nikmat dari Allah..Kita merasakan bahawa sahabat itu datang dengan sendiri dan bukan nikmat dari Allah..Sudah lah kita tidak bersyukur kepada Allah atas sahabat yang diberikan malah kita mengajak sahabat tersebut untuk melakukan kemungkaran kepada Allah..Astaghfirullah!! Betapa jahat dan jahilnya kita..Dalam diam kita telah menyakiti dan menzalimi diri sendiri..mengapa kita tidak bersyukur kepada Allah kerana Dia telah memberi kita sahabat?? Kerana sahabat itu Allah beri secara PERCUMA!

f55193e5-d76b-48c1-bf44-7f3760c776511

Di sekolah, adakah kita sedar bahawa guru yang mengajar kita itu merupakan nikmat dari Allah yang maha Mengetahui?? Kalau bukan kerana guru, bagaimana kita boleh mengetahui bahawa pokok itu dipanggil pokok..bagaimana kita boleh membezakan antara manusia dengan binantang..bagaimana kita boleh mengenal huruf, angka dan sebagainya…Pun begitu, kita ini masih tidak merasai nikmat Allah yang besar ini. Kita sering merasakan bahawa guru itu sudah sedia ada di setiap sekolah yang tugasnya mendidik..Andainya Allah tidak memberikan guru kepada kita pasti kita tidak bertamadun dan membangun..Namun, pernahkah kita mensyukuri nikmat Allah ini?? Mengapa kita tidak pernah bersyukur?? Kerana Allah berikan guru secara PERCUMA…

3326083780_ebb49406a6

Mari kita renung kembali…dan sebutkan satu sahaja…nikmat yang Allah berikan kepada kita bukan secara percuma?? Tidak ada bukan??.. Sesungguhnya Allah itu maha Penyayang dan maha Pemurah…dan kita hendaklah sentiasa beringat bahawa setiap nikmat yang Allah kurniakan kepada kita tu ada ujian di sebaliknya.. Allah ingin melihat sejauh mana kita bersyukur kepadaNya… astaghfirullahal ‘azim…ya Allah..ampuni aku ..

tenkiu mlm n mlmh!

muallim/muallimah bermaksud guru atau cikgu atau pendidik atau yang seumpama dengannya..al-muallim ini jugak ade banyak ‘muradif’(seerti) contohnya al-mudarris..al-ustaz dan sebagainya..eh,dah macam sesi belajaq bahasa Arab pulak..aku ni bukannya pandai sangat Arab..tapi aku bercita-cita untuk belajar bahasa Arab sampai bleh cakap Arab..main factornyer adalah bahasa Arab adalah bahasa syurga,bahasa Quran..dan supaya aku isnya Allah,bleh paham Quran,Hadis sbb Arab ni dia ada teknik penggunaannya yang tersendiri..hehe..

I would like to thank all muallim and muallimah SMAI n SRAI..kerana sanggup berhempas pulas mengajar ana daripada tak tahu apa-apa sampai la ana tahu sesuatu..ALHAMDULILLAH sbb Allah tempatkan ana kat tempat yang ana rasakan paling sempurna..ALHAMDULILLAH sbb Allah temukan ana dengan guru-guru setabah dan sesabar kalian..terima kasih muallim dan muallimah..terima kasih sebab telah bersusah payah mengajar ana selama nie..terima kasih sebab sudi layan perangai ana yang tak berapa betol ni..terima kasih sebab sudi curahkan ilmu..terima kasih atas segalanya…jasamu dikenang!~

Muallim:Ust Lah..ust nizam..mlm shah..mlm sham..mlm amri..dan mlm2 yang baru dan lama..

Muallimah:mlmh salma..mlmh faizah..mlmh ainon..mlmh mahani..mlmh zaiton..mlmh basrizam..mlmh manisah..mlmh norila..mlmh noraini..mlmh noriza..mlmh nora..mlmh asikin..mlmh safiza…mlmh khatijah..mlmh durah..mlmh aishah..mlmh maimunah

dgn mlmh faizah~add math..huhu..

dgn mlmh faizah~add math..huhu..

mlmh noraini(physic)..n mlmh asikin~

mlmh noraini(physic)..n mlmh asikin~

mlmh noriza~perdagangan..tp xamek..hehe

mlmh noriza~perdagangan..tp xamek..hehe

mlmh manisah~cekgu kelas..

mlmh manisah~cekgu kelas..

mlmh basrizam~math..pakar math ISLAH..hehe

mlmh basrizam~math..pakar math ISLAH..hehe

mlmh norila~bio..suke 'ter'tido waktu nih..asif mlmh!

mlmh norila~bio..suke 'ter'tido waktu nih..asif mlmh!

Ust Lah..pengetua kami yg pnoh aspirasi~

Ust Lah..pengetua kami yg pnoh aspirasi~

mlmh zaiton~so many story to tell ha..hehe

mlmh zaiton~so many story to tell ha..hehe

mlmh mai~chem..selasa n rabu hari yg dinanti..pasai ade chem!!haha

mlmh mai~chem..selasa n rabu hari yg dinanti..pasai ade chem!!haha

mlmh ainon~sentiase bz

mlmh ainon~sentiase bz

ust nizam forever~garang ustaz nih!!huhu..

ust nizam forever~garang ustaz nih!!huhu..

mlm shah~arab..

mlm shah~arab..

sebenarnye..ada banyak lagi muallim and muallimah..cuma kami xsempat nak amek gambaq semua..ye lah..gambaq-gambaq ini diambil sehari sebelum SPM 2008..nak release tension la konon p amek gambaq muallim muallimah..hehe..jazakumullahu khairan kathira ya muallimin wa muallimat!

« Older entries